Kesihatan Diutamakan

 
Jururawat Masyarakat mengambil berat kesihatan penduduk FELDA
 
K

linik Desa Jengka 24 dikendalikan oleh dua orang Jururawat Masyarakat yang bertugas, sesekali Ketua Jururawat akan datang memantau untuk mendapatkan laporan kesihatan penduduk di FELDA Jengka 24.

Antara perkhidmatan yang disediakan di klinik ini ialah rawatan untuk kanak-kanak, ibu mengandung dan juga rawatan rumah ke rumah kepada ibu-ibu selepas bersalin (post natal) dan juga kes-kes rujukan doktor. Lantaran penduduk di Jengka 24 ini mengambil kesempatan membuat kebajikan dengan menderma darah kepada mereka yang lebih memerlukan. Maka dalam masa setahun, dua atau tiga kali Hospital Temerloh akan menghantar kakitangannya ke sana.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK