Askar Wataniah Menjaga Keamanan
man dan selamat merupakan sesuatu yang wajib dijaga dan dikekalkan dalam memastikan sesebuah penempatan selamat untuk didiami. Di FELDA Jengka 24, balai polis berhampiran ialah Balai Polis Jerantut yang merupakan tempat rujukan paling hampir untuk melaporkan sebarang masalah berkaitan dengan keselamatan.
Askar Wataniah
Selain daripada polis yang bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan penduduk terjaga, di sini juga terdapat pos Askar Wataniah (AW). AW merupakan sebuah badan sukerela yang berbeza dari badan-badan sukarela lain. AW merupakan angkatan simpanan Tentera Darat Malaysia sebagai benteng kedua di dalam mempertahankan negara. Penyertaan di dalam Askar Wataniah merupakan satu sumbangan murni di dalam menyahut seruan ibu pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan di dalam dasar pertahanan negara. HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping penglibatan angkatan tentera. Tidak hairanlah ramai belia dari FELDA Jengka 24 yang menganggotai AW. |