Kemudahan Disediakan
i mana-mana pun tempias pembangunan dapat dirasai walaupun berada di kawasan perkampungan. Kerajaan Malaysia telah menyediakan peruntukan yang besar dalam memastikan masyarakat kampung mendapat kemudahan prasarana yang secukupnya. Dari segi bekalan elektrik, hampir kesemua penduduk di sini mempunyai kemudahan tersebut di rumah masing-masing. Sama juga halnya dengan bekalan air. Malah, pihak TM Malaysia bersedia membantu jika berlaku sebarang masalah telekomunikasi pada bila-bila masa sahaja.
“ Antara dewan yang ada di sini ialah Dewan Mat Kilau sempena nama pahlawan ulung Pahang untuk kegunaan masyarakat Jengka 24 dan aktiviti rekreasi. ” |
|
| |
|
Turut tersedia adalah kemudahan awam seperti dewan atau balai raya. Antara dewan yang ada di sini ialah Dewan Mat Kilau sempena nama pahlawan ulung Pahang untuk kegunaan masyarakat Jengka 24 dan aktiviti rekreasi. Kemudahan awam lain seperti padang bola disediakan kepada belia di sana beriadah pada waktu petang.
|