Pemandangan Jengka 24

Bagai Aur Dengan Tebing

T

erdapat beberapa buah kampung berhampiran FELDA Jengka 24 iaitu Kampung Durian Hijau, Kampung Bukit Nikmat, FELDA Jengka 13 dan FELDA Jengka 25. Jika anda ke Jengka 25, anda dapat menyaksikan keindahan Gunung Senyum yang seolah mengalu-alukan kedatangan anda. Gunung Senyum terkenal kerana keunikan 18 buah guanya yang penuh dengan misteri.

 
Jengka 25 antara kampung berhampiran dan pemandangan Gunung Senyum sangat mengasyikkan
 

Bagi peneroka, hidup bermasyarakat menjadi cara hidup yang telah diamalkan sejak dahulu lagi. Lantaran itu, jika terdapat sebarang aktiviti, penduduk sekitar akan bekerjasama bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Antara aktivitinya termasuklah aktiviti keagamaan dan kesukanan yang diadakan saban tahun.

Terletak di dalam kawasan pedalaman, tanah rancangan ini merupakan sebuah penempatan yang masih lagi “hijau” jauh dari pencemaran alam. Malah, segala industri yang beroperasi dikawal daripada melakukan sebarang pencemaran alam.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK