Kelapa Sawit Menjana Pendapatan Penduduk
ektor perladangan menjadi sumber pendapatan penduduk setempat. Peneroka membanting tulang empat kerat untuk mencari sesuap nasi. Pada ladang kelapa sawitlah segala keringat dicurahkan. Malah kerja keras peneroka mengusahakan ladang kelapa sawit mendapat sokongan yang menggalakkan daripada pihak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang tidak pernah jemu memberikan bantuan dari pelbagai sudut. Kerjasama yang erat antara pihak FELDA dan peneroka berjaya menjadikan FELDA Jengka 24 membangun seiring arus pembangunan negara.
| |
 |
| |
| Kelapa Sawit menjana pendapatan utama FELDA Jengka 24 |
|
Kelapa sawit yang telah matang selalunya akan diuruskan oleh Koperasi FELDA Jengka 24 Berhad. Koperasi ini ditubuhkan bertujuan memudahkan proses penjualan kelapa sawit melalui bantuan mengangkut kelapa sawit untuk dihantar ke Kilang Pemprosesan Sawit FELDA. Koperasi yang berurusan terus dengan FELDA ini bertanggungjawab memastikan peneroka mendapat pulangan yang bersesuaian dengan usaha mereka selama ini. Pembayaran akan dibuat kepada peneroka yang telah menjual sawit mereka pada hari Selasa dan Jumaat.
|