Hutan Lipur Gunung Senyum merupakan satu kawasan pelancongan yang tidak asing lagi. Terdapat kira-kira 18 buah gua. Setiap gua mempunyai nama yang unik dan cerita yang tersendiri. Antara gua-gua yang terdapat di sini ialah Gua Angin, Gua Gajah, Gua Kolam Tujuh, Gua Terang Bulan, Gua Kapal, Gua Makam Tok Long dan Gua Mayat. Gua Makam Tok Long contohnya, dipercayai terdapat makam Tok Long yang telah meninggal dunia puluhan tahun dahulu. Berbekalkan lampu suluh, anda dapat menikmati kejadian alam yang menakjubkan dan hanya boleh didapati di dalam gua. Anda pasti akan terpegun dengan keindahan Gua Senyum yang kaya dengan flora dan faunanya.


Perikanan dan Penternakan USP
Bagi yang geli dengan haiwan penyedut darah seperti lintah, pastinya tidak sesekali akan terbit di dalam hati untuk mengusahakan penternakan lintah sebagai sumber pendapatan. Namun bagi anak jati FELDA Jengka 24, Mohd Khairul Nizam Che Anuar, melabur dalam penternakan lintah memberikan pendapatan yang sangat lumayan.
Di FELDA Jengka 24, projek USP di Klinik Desa Jengka 24 bermula pada tahun 2003-2004. Ia mendapat perhatian penduduk setempat untuk datang ke mari. Dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK