Mewarisi Kebudayaan Pahang
| |
 |
| |
| Belia Jengka 24 mengekalkan tradisi kebudayaan Negeri Pahang |
|
elia merupakan aset yang perlu digilap dan terus disokong. Bagi belia di FELDA Jengka 24, mereka aktif dengan aktiviti kesenian tradisional Melayu yang unik dan menarik. Malah di sini ditubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama Kumpulan Cincin Belah Rotan. Kumpulan ini menggunakan Gendang Tradisional Pahang sebagai alat muzik. Kumpulan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada belia FELDA Jengka 24 untuk terus memartabatkan kesenian Gendang Tradisional Pahang ke peringkat antarabangsa.
Kumpulan Cincin Belah Rotan dianggotai belia dari FELDA Jengka 24 sahaja. Mereka bercita-cita dan bersemangat tinggi dalam memastikan kebudayaan yang hampir pupus ditelan zaman ini terus tersemat di dalam jiwa masyarakat. Gendang sering dikaitkan dengan seni mempertahankan diri iaitu silat. Apabila langkah dibuka, gendang dipalu mengiringi persembahan silat.
“Kumpulan Cincin Belah Rotan memastikan kesenian Gendang Pahang terus terpelihara” |
|
| |
|
Menurut orang-orang lama, Kesenian Gendang Pahang sangat masyhur pada zaman dahulu. Ia menjadi pelengkap kepada majlis-majlis kenduri-kendara, sambutan pembesar-pembesar negeri, istiadat di dalam istana dan sebagainya. Fungsi yang lebih ketara ialah mengiringi persembahan silat selain daripada untuk berhibur. Namun, untuk menjadi pemain gendang bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka yang berminat haruslah betul-betul komited untuk mempelajari cara memalu gendang dengan betul.
 |
|
| Bersilat masih lagi mendapat tempat di kalangan belia di sini |
|
|
Antara peralatan yang digunakan untuk bermain gendang ialah Gendang Ibu atau Gendang Anak dan Gong (Tetawak). Malah, kumpulan ini turut menggunakan gitar untuk menambah keasyikan lagu yang dimainkan. Acapkali lagu yang sering dimainkan adalah mengikut daerah seperti Tari Inai (Jerantut), Tari Caluk (Jerantut), Tari Piring (Temerloh) dan lagu untuk gendang salingan pula ialah Kerabat Kayu Api (Temerloh), Raja Berangkat (Temerloh), Gobek Tebang (Kuala Lipis) dan banyak lagi. Belia ini akan melakukan latihan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
|