Minyak Kelapa Dara
engka terkenal dengan industri dan perusahaan kampung seperti pembuatan kerepek, sos cili, kuih tradisi dan banyak lagi. Majoriti yang terlibat dalam kegiatan ini tidak lain tidak bukan ialah kaum wanita. Hayati Jaafar, 40 tahun yang juga merupakan anak jati Pahang setelah 20 tahun menetap di Jengka 15. Beliau menjalankan perniagaan membuat kerisik di sebuah bengkel yang terletak di belakang rumahnya. Beliau memulakan perniagaan itu sejak lima tahun yang lalu, dengan dibantu oleh seorang pekerja. Usahanya disokong oleh Jabatan Pertanian di mana beliau turut dibantu dari segi peralatan dan mesin untuk memudahkan produk-produknya dihasilkan.
Harga bagi satu paket kerisik seberat satu kilogram ialah RM10.00 manakala paket-paket kecil pula dijual serendah RM1.20. Tempahan kerisik yang diterima Hayati meningkat terutamanya menjelang musim perayaan. Kebiasaannya beliau mampu memperoleh pendapatan sehingga RM3,000 sebulan.
Selain kerisik, beliau turut menjual santan dan minyak kelapa dara kepada penduduk yang memerlukan. Minyak kelapa dara berkhasiat dalam mengurangkan risiko kanser, memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan juga mampu membantu mengawal diabetes. Harga sebotol minyak kelapa dara ialah RM20.00.
|