Pusat Sumber Ilmiah

T
 
 
Pelbagai jenis buku dan bahan bacaan terdapat di sini

erletak bersebelahan dengan Pejabat Pos Daerah Jengka, Perpustakaan Awam Cawangan Jengka mampu memenuhi keperluan penduduk untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Bangunan asalnya adalah merupakan pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) yang diberi oleh pihak LKWJ secara percuma. Ini dilakukan apabila pihak LKWJ melihat tiada kemudahan untuk penduduk sekitar mendapatkan maklumat yang diperlukan.

 

 

 
Ruang perpustakaan yang luas memberi keselesaan kepada pengunjung
 

Perpustakaan Awam Cawangan Jengka diketuai oleh Rafizah Abdul Kadir. Pada mulanya beliau berkhidmat di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang di Kuantan. Namun pada tahun 1994 beliau ditugaskan ke perpustakaan ini untuk menguruskan hal ehwal perpustakaan cawangan ini. Perpustakaan ini dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat seawal jam 8.00 padi sehingga 5.00 petang. Orang awam yang ingin menjadi ahli dikenakan bayaran sebanyak RM7.00 untuk kanak-kanak manakala para belia dan orang dewasa pula dikenakan bayaran sebanyak RM9.00 dan RM12.00 untuk seumur hidup. Sebuah ruang untuk kemudahan Internet disediakan bagi kemudahan pengunjung mengakses maklumat tanpa sempadan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK