Dahulu Lain Sekarang Lain

N
 
 
Asal usul Bandar Pusat Jengka bermula di Matau

ama Jengka masyhur di seluruh tanah air. Pun begitu tiada siapa yang tahu dari mana asal usul nama Jengka diperoleh. Namun ada penduduk yang berpendapat nama Jengka diambil sempena nama sebatang sungai kecil yang mengalir di sini iaitu Sungai Jengka. Menurut Penghulu Mukim Chenor, Khairul Amir Osman, kawasan Bandar Pusat Jengka bermula dari sebuah kawasan yang diberi nama Matau. Matau merupakan tempat pengumpulan utama kayu kayan di sekitar Pahang. Ketika itu, sebuah penempatan untuk pekerja dan kemudahan seperti kedai-kedai dibina. Dari sebuah kawasan yang kecil, Bandar Jengka akhirnya berubah kepada sebuah bandar moden seperti yang wujud pada hari ini. Jika dahulu kawasan di sini dipenuhi hutan semata-mata, kini pelbagai kemudahan atau prasarana dibina bagi meningkatkan taraf hidup penduduk.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK