Penempatan Berpusat

D

ianggarkan seramai 20,000 orang penduduk menetap di Bandar Pusat Jengka. Pusat bandar ini terbahagi kepada 25 bahagian di dalam Segi Tiga Jengka meliputi Jengka 1 hingga Jengka 25. Bagi setiap penempatan, penduduknya dianggarkan antara 300 hingga 600 buah keluarga. Majoriti penduduk berbangsa Melayu iaitu sebanyak 99 peratus manakala selebihnya orang-orang Cina, India dan lain-lain.

 
Majoriti penduduk Jengka terdiri daripada bangsa Melayu
 

Bandar Pusat Jengka dan kawasan-kawasan berhampiran merupakan tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan taman-taman perumahan. Ini menjadikan kebanyakan rumah dibina secara berpusat, tersusun dan terancang. Kehidupan masyarakat di sini masih lagi berteraskan adat dan tatasusila masyarakat Melayu. Budaya ziarah-menziarahi dan semangat kejiranan misalnya masih kuat di kalangan penduduk kampung. Sifat tolong-menolong antara satu sama lain menjadi teras kehidupan masyarakat di sini.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK