Pokok Sawit Dan Getah Tanaman Utama
| |
 |
| |
| Buah-buahan dari luar turut dijual kepada penduduk tempatan |
|
ugusan Jengka yang terdiri daripada 25 buah tanah rancangan FELDA menjadikan aktiviti perladangan kelapa sawit dan getah sebagai kegiatan utama. Sekiranya anda pernah berkunjung ke sini anda pasti akan melewati satu pemandangan ladang getah dan juga kelapa sawit yang terdapat di kiri kanan jalan di kawasan ini. Ladang getah dan sawit di sini telah diusahakan sejak puluhan tahun lalu.
Ada segelintir penduduk yang mengusahakan sendiri ladang sawit dan getah milik mereka. Namun terdapat penduduk yang mengupah pekerja untuk mengusahakan ladang milik mereka.
Ada juga penduduk yang menjual hasil-hasil pertanian seperti buah-buahan di pusat bandar ini yang diperoleh dari merata tempat di sekitar Pahang. Ada juga yang diperoleh dari luar seperti Kelantan, Terengganu dan lain-lain. Ada juga yang diperoleh dari luar seperti Kelantan, Terengganu dan lain-lain. Siti Jamilah Mat Lala, 47, telah memulakan perniagaan menjual buah-buahan sejak 20 tahun yang lalu. Beliau turut menanam pokok buah-buahan seperti rambutan. Antara jenis buah-buahan yang dijual oleh Siti Jamilah ialah buah limau, buah naga, tembikai dan laici. Pendapatan yang diperolehnya cukup untuk menampung perbelanjaan hidup dan membesarkan anak-anaknya.
|