Kepentingan Ilmu Dititikberatkan

A
 
 
Antara sekolah menengah yang terdapat di kawasan Bandar Pusat Jengka

spek pendidikan penting bagi menjamin kehidupan yang sempurna. Kawasan Bandar Pusat Jengka dan kawasan-kawasan sekitar turut mempunyai kemudahan pendidikan untuk anak-anak peneroka dan penduduk sekitar. Antara institusi pendidikan yang diwujudkan di sini ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jengka yang terletak berhadapan dengan Sekolah Menengah Jengka Pusat.

Kampus berharga RM 26 juta ini dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Y.B. Dato Seri Haji Khalil Yaakob pada 22 Ogos 1988. Kampus ini dibina dengan kemudahan penginapan berserta kemudahan prasarana lain untuk kemudahan para pelajar. Antara aktiviti sosial yang dijalankan di kampus ini ialah program anak angkat di mana para pelajar menjadi anak angkat kepada peneroka-peneroka atau penduduk sekitar.

Selain itu, terdapat beberapa buah institusi pendidikan lain yang menawarkan pendidikan kepada anak-anak peneroka di sini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya, Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat dan lain-lain. Sekolah-sekolah ini mampu menampung keperluan pendidikan yang semakin meningkat bagi para penduduk di sini.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK