Kuih Tradisi Tetap Diminati

J

engka telah melahirkan beberapa orang usahawan yang berjaya. Antaranya seorang penduduk tempatan yang hanya dikenali dengan nama Jusoh Dagang. Beliau terlibat dalam banyak aktiviti perniagaan seperti menjual perabot dan sebagainya.

 
Baulu Semarak turut dijual di kedai yang terletak di Dataran Semarak
 

Selain itu, di Jengka 15 terdapat sebuah perusahaan membuat kuih baulu. Baulu Semarak tidak perlu diperkenalkan lagi kepada penduduk sekitar. Rozita Mohd Nor, 31 telah memulakan perniagaan membuat baulu sejak tiga tahun yang lalu iaitu pada tahun 2005. Bermula secara kecil-kecilan di rumah, kini beliau mampu membesarkan perusahaan yang dijalankan. Kini operasi membuat kuih baulu dijalankan bersama-sama tujuh orang pekerja di sebuah bengkel yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Pejabat Pertanian Daerah Maran memberikan bantuan berbentuk bangunan di tapak yang diberikan oleh Felda bagi memudahkan Rozita menjalankan perusahaannya.

 
 
Baulu Semarak terkenal kerana rasanya yang lazat

Antara baulu yang dihasilkan beliau ialah baulu cermai, ikan serta baulu berperisa. Baulu-baulu yang dihasilkan dijual di merata tempat seperti di ekspo-ekspo di Kuantan dan sebagainya. Menjelang musim cuti sekolah dan perayaan, tempahan terhadap baulu beliau meningkat dan berganda. Keuntungan yang diperolehi boleh mencecah sehingga RM15,000 pada musim-musim sebegini.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK