Kesihatan Yang Terjamin
| |
 |
| |
| Hospital Jengka menawarkan perkhidmatan kesihatan bagi penduduk sekitar |
|
ihak berkuasa tempatan Bandar Pusat Jengka sentiasa mengambil berat soal kesihatan penduduk di kawasan ini. Banyak klinik swasta dibuka bagi menampung keperluan kesihatan penduduk yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Selain klinik-klinik swasta terdapat klinik kerajaan yang dibina bagi memenuhi keperluan penduduk yang kurang berkemampuan. Antaranya ialah Hospital Jengka dan Poliklinik Masyarakat. Antara perkhidmatan yang ditawarkan di hospital itu ialah pengimejan dan diagnostik (X-ray), pembedahan am, ortopedik (tulang), psikiatri dan rawatan-rawatan kesihatan yang lain.
|