Keamanan Tanggungjawab Bersama

K
 
 
Balai Bomba dan Penyelamat Jengka

eselamatan merupakan faktor penting dalam memastikan masyarakat sentiasa berada dalam keadaan aman dan terkawal. Tanggungjawab yang diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku badan utama yang menjaga keamanan negara tidak harus dipertikaikan. Balai Polis Daerah Jengka terletak tidak jauh dari Bandar Pusat Jengka. Balai polis ini bertanggungjawab dalam soal keselamatan yang meliputi kawasan-kawasan berhampiran di Jengka. Pihak polis sering melakukan rondaan di kawasan sekitar bagi memantau segala aspek yang mengancam keselamatan penduduk.

 
Balai Polis Bandar Jengka
 

Walaupun soal keselamatan lazimnya merupakan tanggungjawab PDRM, namun ada juga agensi atau pertubuhan keselamatan lain yang bertanggungjawab dalam aspek keselamatan di sini. Terdapat beberapa buah Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) ditubuhkan di tanah-tanah rancangan yang wujud di sini. Melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) penduduk berganding bahu serta bersama-sama memastikan keselamatan kampung mereka terpelihara. Selain itu, terdapat juga Rukun Tetangga yang diwujudkan di taman-taman perumahan bagi memantau aspek keselamatan penduduk di penempatan terancang ini.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK