Kemudahan Serba Lengkap

P
 
 
Terminal Nadi Kota tempat penduduk sekitar mendapatkan perkhidmatan bas dan teksi

elbagai prasarana dibangunkan bagi kemudahan penduduk di kawasan ini. Antara yang dibekalkan ialah kemudahan asas seperti elektrik dan air. Bagi tujuan komunikasi pula terdapat kira-kira dua pencawang kepunyaan TM Berhad yang didirikan bagi kemudahan penduduk untuk mendapatkan perkhidmatan telefon talian tetap. Prasarana-prasarana lain yang disediakan seperti pejabat pos, bank, kedai-kedai dan pasar raya untuk kemudahan penduduk menjalankan urusan seharian. Pendek kata, kebanyakan penduduk di kawasan ini tertumpu di Bandar Pusat Jengka untuk menjalankan urusan harian.

 
Masjid tumpuan penduduk Bandar Pusat Jengka
 

Bagi tujuan pengangkutan, terdapat sebuah terminal bas yang menyediakan perkhidmatan bas ke seluruh negara termasuk Singapura. Terminal Nadi Kota dirasmikan oleh YB Dato’ Tan Mohd Aminuddin Ishak yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka pada 1992. Pelbagai kemudahan disediakan di sini antaranya kedai-kedai runcit dan ruang menunggu. Sebuah terminal teksi terletak bersebelahan Terminal Bas Nadi Kota.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK