Hidup Muafakat Membawa Berkat

K

awasan penempatan di Bandar Pusat Jengka meliputi gugusan-gugusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang merangkumi Jengka 1 sehingga Jengka 25. Jengka 25 ialah kawasan tanah rancangan yang paling akhir diwujudkan. Antara tanah rancangan Felda yang berhampiran dengan Bandar Pusat Jengka ialah Jengka 14 dan Jengka 15 yang terletak kira-kira lima hingga ke 10 minit perjalanan dari Bandar Pusat Jengka.

 
 
Gugusan Jengka terdiri daripada 25 buah Tanah Rancangan Felda

Selain itu terdapat juga taman-taman perumahan swasta yang dibangunkan di sekitar Bandar Pusat Jengka. Antara penempatan berpusat yang diwujudkan di sini ialah Taman Desa Jaya, Rantau Perintis dan juga Taman Permatang Shah Bandar. Rantau Perintis misalnya terletak kira-kira lima minit perjalanan dari Bandar Pusat Jengka.

Aktiviti seperti sukan komuniti sedikit sebanyak mewujudkan perhubungan di kalangan penduduk di tanah-tanah rancangan berhampiran. Selain itu, aktiviti keagamaan turut diadakan bagi mewujudkan pertalian yang lebih erat sesama mereka. Aktiviti-aktiviti sosial yang lain seperti gotong-royong, kenduri-kendera dan ziarah-menziarahi adalah bukti kesepakatan penduduk di sini. Ibarat kata pepatah ‘Bulat Air kerana Pembetung, Bulat Manusia kerana Muafakat’.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK