Bandar Pembangunan Bumiputera

K
 
 
Khairul Amin Osman, Penghulu Mukim Chenor

ompleks Penghulu Mukim Chenor terletak bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat Jengka. Ia menjadi tumpuan penduduk untuk bertemu Penghulu bagi membentangkan masalah-masalah berkaitan dengan hal ehwal penduduk di mukim tersebut. Khairul Amin Osman merupakan Penghulu Mukim Chenor yang banyak membantu penduduk dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi, antaranya berkaitan dengan pembangunan kampung, sosial dan sebagainya. Menurut beliau, Bandar Pusat Jengka telah beberapa kali mengalami proses pemindahan nama. Sebenarnya nama baru bandar ini ialah Bandar Tun Abdul Razak yang telah ditukar sejak 1 Januari 2007. Walau bagaimanapun nama baru ini hanya akan digunakan secara rasmi selepas dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam tahun 2008.

 
Kompleks Penghulu Mukim Chenor
 

Tambah beliau lagi, Bandar Jengka merupakan bandar yang kebanyakan kedai-kedai atau pusat dagangan dimiliki oleh kaum Bumiputera. Walaupun sesiapa jua boleh memiliki tanah mahupun harta benda di sini, namun kebanyakan peluang perniagaan dibuka kepada kaum Bumiputera. Melalui cara ini, dapat merealisasikan hasrat penduduk untuk menjadikan Bandar Pusat Jengka ini sebagai Bandar Pembangunan Bumiputera.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK