Industri Kecil Memacu Ekonomi

G
 
 
Aktiviti perladangan kelapa sawit menyumbang kepada ekonomi penduduk

ugusan Jengka terdiri daripada 25 buah tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang menjadi pengeluar getah dan kelapa sawit terbesar. FELDA Jengka juga merupakan gugusan FELDA terbesar di Malaysia. Kebanyakan penduduk yang juga dipanggil peneroka terlibat dalam aktiviti perladangan kelapa sawit dan juga getah. Harga getah dan sawit yang semakin meningkat di pasaran dunia memberi nafas baru kepada penduduk tanah rancangan untuk memperoleh pendapatan yang lebih baik.

Kebanyakan suri rumah pula terlibat dalam industri-industri atau perusahaan kampung. Antaranya, mereka mengeluarkan sos cili, kicap dan juga sos keropok. Tidak ketinggalan ada juga yang menghasilkan makanan-makanan ringan seperti kerepek, bawang goreng serta membuat kraf tangan berasaskan surat khabar dan pembuatan tembikar.

 
Terdapat penduduk yang berniaga di sekitar Bandar Pusat Jengka
 

Kebiasaannya penduduk menjual produk-produk tersebut di tapak perniagaan yang disediakan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) di Dataran Semarak. Ramai penduduk yang merebut peluang ini dengan menjual produk-produk mereka seperti kuih baulu, kerepek-kerepek dan pelbagai jenis perniagaan yang lain. Pendek kata, walaupun kos hidup di kampung tidak begitu tinggi namun mereka sentiasa merebut peluang yang ada untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK