Bandar Pusat Jengka lebih dikenali dengan nama bandar pusat di kalangan masyarakat setempat. Ia merupakan sebuah bandar di tengah-tengah Segi Tiga Jengka yang merangkumi Jengka 1 hingga ke Jengka 25. Kerajaan Negeri Pahang berhasrat untuk menjadikan Bandar Pusat Jengka sebagai Bandar Pembangunan Bumiputera. Ini menjadikan kebanyakan perniagaan dan perusahaan di Bandar Pusat Jengka dimiliki oleh golongan bumiputera. Pelbagai perusahaan kecil dan sederhana dijalankan di Bandar Pusat Jengka seperti pembuatan songkok, perniagaan kuih tradisional, makanan ringan dan kerisik.


Belia Kawasan Riadah

Selain aktif dalam kegiatan sukan dan sosial, belia di Bandar Pusat Jengka turut menceburi pelbagai bidang kesenian dan kebudayaan. Seni pembuatan songkok yang memerlukan ketelitian dan kreativiti yang tinggi mendorong Haslina Akmar, salah seorang belia di Bandar Pusat Jengka menjadi pengusaha songkok. Songkok-songkok rekaannya bukan sahaja terkenal di Negeri Pahang bahkan ke seluruh tanah air. Antara pelanggan terkemuka Perusahaan Songkok Rukayah ialah Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Sebuah padang bola sepak dibina khas untuk penduduk di Bandar Pusat  Jengka yang gemar bersukan. Selain itu, terdapat sebuah Kompleks Sukan Komuniti di Jengka 14 yang menyediakan pelbagai kemudahan sukan untuk masyarakat setempat. Lokasi kompleks sukan yang berhampiran Bandar Pusat Jengka memudahkan penduduk untuk menggunakannya. Taman permainan kanak-kanak turut dibina untuk menggalakkan anak-anak kecil beriadah bersama keluarga.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK