Perusahaan Warisan Tetap Diteruskan

P
 
 
Haslina Akmar banyak membantu  perusahaan Songkok Rukayah Teh yang dimiliki bapanya

erusahaan Songkok Rukayah Teh adalah perusahaan penduduk tempatan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Songkok yang halus seni pembuatannya pasti memikat setiap mata yang memandang. Songkok Rukayah Teh begitu terkenal sehingga beberapa orang kenamaan turut menempahnya. Antaranya Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perusahaan membuat songkok ini merupakan perniagaan turun temurun yang diwarisi Akmar Abdul Muluk daripada bapanya yang juga pembuat songkok terkenal di Kuala Lipis sejak 1969. Beliau telah mula berkecimpung di bidang ini sejak berumur 15 tahun lagi. Apa yang lebih menarik, anak perempuannya, Haslina Akmar yang berkelulusan Ijazah Sains Gunaan UiTM turut mengikut jejak ayah tercinta. Haslina yang berusia 26 tahun banyak membantu perniagaan bapanya menguruskan hal-hal kewangan. Ada kalanya beliau turut menjahit dan membuat sendiri songkok tersebut kerana minat yang telah dipupuk sejak kecil.

 
Songkok Rukayah Teh digemari ramai
 

Menurut Haslina, perniagaan milik keluarganya ini banyak dibantu oleh FELDA di bawah skim Satu Wilayah Satu Industri (SAWARI). Antara bantuan yang diperoleh ialah bangunan operasi yang menempatkan peralatan seperti mesin-mesin jahit dan sebagainya. Pendapatan yang diperoleh mengikut musim, misalnya apabila menjelang musim perayaan ia boleh mencecah sehingga RM20,000.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK