Usahawan Luar Bandar
engkel Kerja Besi Armaz yang dikendalikan anak muda Kampung Jenderam Hilir ini menerima tempahan dan membekal besi untuk pertukangan, menerima dan membuat lakaran besi pada setiap barangan. Sekiranya ada tempahan, bengkel Kerja Besi Armaz akan menghantar terus ke rumah pelanggan dan memastikan perkhidmatan yang diberikan itu memuaskan. Bengkel Kerja Besi Armaz menggunakan media alternatif iaitu Internet sebagai salah satu strategi pemasaran.
| "Sekiranya ada tempahan, bengkel Kerja Besi Armaz akan menghantar terus ke rumah pelanggan dan memastikan perkhidmatan yang diberikan itu memuaskan" |
|
| |
|
Penduduk-penduduk lain yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan ialah Azman Haji Nordin yang menjalankan perniagaan runcit. Kedai runcit beliau menjadi tumpuan utama bagi penduduk yang ingin membeli barang keperluan harian. Selain itu, terdapat juga perusahaan baulu dan kek yang dipasarkan di sekitar Kampung Jenderam Hilir. Perusahaan baulu dan kek yang dijalankan Ismail Samad banyak menerima tempahan kuih untuk majlis-majlis perkahwinan. Zawiyah Haji Mukhtar pula merupakan peniaga wanita yang menceburi bidang katering dan banyak mendapat tempahan untuk majlis-majlis perkahwinan sama ada di dalam mahupun di luar kampung. Kejayaan penduduk dalam bidang perniagaan menunjukkan, walaupun mereka berada di kawasan luar bandar tetapi mereka masih mampu mengusahakan perniagaan dengan menggunakan modal sendiri.
|