Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Keusahawanan
11
Perikanan Dan Penternakan
12
Kemudahan Asas
13
Kawasan Riadah
14
Kesihatan
15
Pendidikan
16
Keselamatan
17
USP
   
  Perpustakaan Desa Jenderam Hilir,
Belakang Masjid
Jenderam Hilir
43800 Dengkil
Selangor Darul Ehsan
   
 

Kampung dan Taman

T

erdapat beberapa buah kampung di sekitar Kampung Jenderam Hilir iaitu Kampung Jenderam Hulu, Kampung Desa Putera dan Kampung Sungai Buah di samping Kampung Sungai Merab dan Kampung Sungai Tangkas. Pekan Dengkil hanya terletak kira-kira enam kilometer daripada kawasan kampung. Oleh itu, penduduk tidak mempunyai masalah untuk menjalankan kegiatan seharian seperti membeli barang keperluan dan sebagainya.

Di samping itu, terdapat tiga buah taman perumahan di Kampung Jenderam Hilir iaitu Taman Desa, Taman Desa Sinaran dan Taman Desa Kayangan. Awal pembinaannya pada tahun 1990, Taman Desa mempunyai 142 buah rumah berupa rumah kayu. Kini, taraf hidup sudah berubah, kebanyakan penduduknya sudah berkemampuan untuk menukar rumah kayu kepada rumah batu. Taman Desa Sinaran pula terdiri daripada rumah banglo sebanyak 45 unit. Kebanyakan penghuni taman ini adalah kakitangan kerajaan dan swasta, ahli perniagaan, doktor dan pensyarah. Manakala Taman Desa Kayangan pula terdiri daripada 17 unit rumah dan baru sahaja siap dibina.

Kesemua kampung dan taman-taman Mukim Dengkil ini sering menjalankan aktiviti-aktiviti bersama yang bertujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama penduduk sekitar. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan kampung-kampung sekitar dikelolakan oleh pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil. Kebanyakan kegiatan yang dilakukan ialah aktiviti sukan, kebudayaan, keagamaan dan sebagainya.

 

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK