Merancang Pembesaran Kampung
ecara umumnya, Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK) ditubuhkan bagi membantu kerajaan melaksanakan pembangunan dan kebajikan penduduk-penduduk Kampung Jenderam Hilir. Bagi mencapai objektif tersebut, Jawatankuasa ini diketuai Tuan Haji Mokhtar dan dibantu oleh beberapa biro seperti Biro Pentadbiran dan Pembangunan, Biro Keselamatan. Biro lain termasuklah, Biro Pendidikan dan Agama, Biro Kebajikan, Kesihatan dan Keceriaan, Biro Belia, Biro Hal Ehwal Wanita dan Biro Ekonomi.
Biro Pentadbiran dan Pembangunan bertanggungjawab dalam meningkatkan taraf kemudahan di Kampung Jenderam Hilir. Walaupun rancangan pembesaran Kampung Jenderam Hilir sehingga kini masih belum dilaksanakan, namun mereka sentiasa berusaha merealisasikan rancangan tersebut.
|