Program Siswazah Menganggur
erdapat pelbagai projek yang melibatkan siswazah menganggur di Kampung Jenderam Hilir. Projek Kelompok Siswazah Ternakan Ikan Air Tawar dengan usaha sama JKKK Jenderam Hilir adalah salah satu projek yang telah memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri dengan penternakan ikan air tawar. Maka, dengan itu projek ini sedikit sebanyak mencetuskan idea baru dalam mewujudkan sumber ekonomi bukan sahaja kepada pelatih program malah kepada penduduk kampung.
Dalam pada itu, Pertubuhan Belia 4B telah didaftarkan pada awal tahun 70-an dan keahliannya tidak lebih daripada 20 orang. Segala aktiviti yang melibatkan belia dijalankan di balai raya. Aktiviti belia yang dianjurkan merangkumi aktiviti kesukanan dan kemasyarakatan. Pertubuhan Belia 4B pernah menyertai beberapa pertandingan seperti Pertandingan Kurnia Belia Jaya dan Pertandingan Kompang Daerah Sepang dan berjaya merangkul naib johan dalam pertandingan tersebut.
|