Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Keusahawanan
11
Perikanan Dan Penternakan
12
Kemudahan Asas
13
Kawasan Riadah
14
Kesihatan
15
Pendidikan
16
Keselamatan
17
USP
   
  Perpustakaan Desa Jenderam Hilir,
Belakang Masjid
Jenderam Hilir
43800 Dengkil
Selangor Darul Ehsan
   
 

Tanaman Tradisional dan Bermusim

S

truktur bentuk muka bumi Kampung Jenderam Hilir yang subur dilihat sesuai untuk tanaman pelbagai jenis tanaman. Pada tahun 1970-an hampir keseluruhan penduduk bergantung kepada industri pertanian dan mereka mendapat bantuan seperti baja, khidmat nasihat dan lain-lain. Pada tahun 1990-an pula Jabatan Pertanian banyak menganjurkan latihan intensif kepada pekebun-pekebun kecil. Namun dengan kepesatan pembangunan di kawasan sekitar dan terbinanya kilang-kilang, maka ia telah menarik perhatian penduduk untuk beralih kepada sektor perindustrian. Lambakan kerja di sektor ini merupakan sebab utama penduduk mula meminggirkan sektor pertanian.

 
 
Pertanian yang dijalankan oleh para siswazah

Walaupun pertanian tidak lagi menjadi industri utama, namun penduduk masih lagi mengusahakannya sebagai sumber pendapatan sampingan. Tanah-tanah pertanian ini dianggarkan seluas 30 hektar. Antara dusun-dusun yang terdapat di sini ialah dusun cempedak, durian dan pisang. Buah-buahan dan hasil pertanian akan dijual kepada peraih-peraih dan penduduk kampung-kampung sekitar. Ladang getah juga terdapat di sini tetapi hanya sekitar dua peratus sahaja.

Projek Kelompok Siswazah yang diusahakan siswazah Kampung Jenderam Hilir juga menjalankan projek penanaman sayur-sayuran seperti terung dan cili. Selain itu, Mohd Kassim Haji Maon mengusahakan tanaman cempedak di tanah seluas satu hektar. Abdul Rahman pula mengusahakan tanaman tebu, pisang, cili dan lain-lain. Hasilnya dijual di sekitar kampung dan kawasan sekitar.

 

 


 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK