Wanita Yang Berkeyakinan

W
 
 
Wanita berjiwa dinamik

anita hari ini bukan lagi tersorok di dapur tetapi sudah berdiri dan duduk sama tinggi dengan kaum Adam. Mereka turut memikul tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga dan pada masa sama masih menjunjung tugasan sebagai ibu dan isteri. Jika dahulu wanita memberikan tumpuan terhadap keluarga, kini mereka yakin untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Biro Wanita yang bergerak di bawah pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mula mempunyai perancangan dan agenda mereka yang tersendiri. Mereka juga kini mula melibatkan diri dengan masyarakat sekitar.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh kaum wanita di Jenderak Loop ialah marhaban pada setiap hari Rabu manakala berzanji pula diadakan setiap hari Jumaat. Selain itu, penceramah dari luar juga akan dijemput untuk memperdengarkan ceramah berkaitan agama kepada golongan wanita ini. Wanita di situ juga semakin aktif dalam menjalankan aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan. Kumpulan Pergerakan Wanita (KPW) telah memainkan peranan dalam menggerakkan kaum wanita di Jenderak Loop untuk lebih aktif dalam bidang perniagaan. Terdapat sebuah kedai runcit yang kini menjadi tumpuan bagi penduduk mendapatkan barang-barang keperluan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK