Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya

U

mum mengetahui, perpustakaan desa yang disediakan di setiap kampung telah memberi banyak manfaat kepada penduduk-penduduk terutamanya pelajar. Selain itu, ia dapat menggalakkan masyarakat menggunakan perkhidmatan Internet dan belajar menggunakan komputer seperti yang dilaksanakan di kampung Jenderak Loop. Perpustakaan Desa itu ditadbir oleh Pembantu Perpustakaan, Yusnani Zakaria.

 
 
Mendidik anak celik IT

Sebelum perpustakaan desa ditubuhkan, salah seorang penduduk yang dikenali sebagai Pakwe Rashid telah menjadikan rumahnya sebagai perpustakaan kecil. Selain hobinya menyimpan buku, beliau amat gemar membaca dan sangat berharap anak-anak kampung itu mencintai ilmu. Pada tahun 1995 sekeping tanah wakaf telah dijadikan tapak untuk dibina sebuah perpustakaan desa dan kekal sehingga kini.

Perpustakaan Desa Jenderak Loop beroperasi pada setiap hari Rabu hingga Ahad dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan pada hari Sabtu dan Ahad ia beroperasi pada jam9.00 pagi hingga 5.00 petang. Terdapat 13,000 buah buku di perpustakaan itu yang kebanyakannya dipinjamkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan juga Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

 
Jasamu dikenang
 

Bagi Yusnani Zakaria, beliau sering mencari jalan untuk menarik lebih ramai pengunjung dan pengguna perpustakaan kerana manfaatnya sangatlah besar. Oleh itu, beliau sering menganjurkan aktiviti yang boleh disertai oleh penduduk kampung terutama kanak-kanak seperti pertandingan melukis dan membaca buku

Perpustakaan Desa Jenderak Loop menjadikan “Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya” sebagai motonya. Perpustakaan ini boleh menempatkan 20 orang pengguna dalam satu-satu masa dan kira-kira 20 orang menggunakannya setiap hari. Kebanyakan pengunjung adalah pelajar-pelajar yang suka menggunakan komputer untuk menyudahkan kerja-kerja sekolah.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK