Janda Diarak Ke Sekeliling Kampung

S

ebelum kaum Melayu memenuhi kawasan penempatan di Jenderak, kaum Orang Asli merupakan penduduk asalnya. Mereka menjadikan kawasan tersebut sebuah penempatan kerana berdekatan dengan Sungai Pahang yang menyumbang sumber makanan utama mereka ketika itu. Namun apabila banjir kerap berlaku, kaum Orang Asli di situ mula meninggalkan kawasan penempatan tersebut dan berpindah ke tempat yang lebih tinggi.

Dahulu, kawasan penempatan di sekitar telah dijadikan sebagai kawasan persembunyian bagi penjajah Jepun untuk bersembunyi dan mendapatkan bekalan makanan. Oleh sebab ketakutan penduduk-penduduk di situ mula berpindah ke kawasan-kawasan berhampiran dan mula menjalankan aktiviti pertanian dan menternak haiwan lalu terus mewujudkan penempatan di situ sehingga muncullah Jenderak dan beberapa kampung-kampung lain.

Nama Jenderak Loop menurut kata seorang penduduk lama di situ, ia bermula apabila terdapat seorang janda yang telah kematian suami. Janda tersebut telah diarak ke sekeliling kampung. Perkataan janda dan arak telah ditukar kepada Jenderak. Perkataan “Loop” pula diambil sempena nama jalan yang menghubungkan Paya Baru hingga ke Kuala Tekal. Maka, timbullah nama Jenderak Loop yang digunakan sehingga kini.

Banyak perubahan terdapat di situ terutamanya dari segi infrastruktur. Infrastruktur yang lengkap telah memberi kemudahan kepada penduduk dan pengunjung yang datang ke situ. Antara kemudahan yang terdapat di situ ialah sekolah, taman permainan, telefon, perpustakaan awam, jalan bertar, kedai-kedai, perhentian bas dan sebagainya.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK