Kaum Melayu Kaum Terbesar

J

enderak Loop merupakan kawasan penempatan yang terletak berhampiran dengan Sungai Pahang. Kawasan itu yang sebelum ini sering dilanda banjir menjadikan kawasan penempatan itu tidak mempunyai kepadatan penduduk yang ramai. Penduduk di situ juga kebanyakannya telah berpindah ke bandar-bandar besar untuk memulakan kehidupan baru di sana. Anggaran penduduk pada tahun 2007 adalah seramai 500 orang yang majoritinya adalah kaum Melayu

 
 
Wanita ini gigih berniaga

Jenderak Loop yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan untuk ke Kuantan merupakan kawasan penempatan yang masih lagi mengamalkan cara hidup tradisional Melayu. Mereka menjalankan kehidupan dengan mengusahakan kebun-kebun getah, kelapa sawit dan beberapa tanaman lain. Selain menjadi petani, penduduk turut menjalankan beberapa aktiviti perniagaan bagi menampung kehidupan seharian mereka.

Penempatan yang telah wujud sejak sebelum merdeka lagi ini mempunyai jenis penempatan secara berderet di tepi-tepi jalan selain penempatan secara bertaburan. Kebanyakan penduduk di situ mempunyai ikatan persaudaraan antara satu sama lain. Tidak hairanlah mereka mesra sesama mereka dan saling bertegur sapa serta tolong-menolong dalam menjalani kehidupan seharian.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK