Faktor Muka Bumi Galakkan Pertanian
ertanian merupakan kegiatan utama penduduk Jenderak Loop dengan tanaman getah dan kelapa sawit menjadi pilihan. Kebanyakan tanah di kampung ini dipenuhi pokok getah dan kelapa sawit di samping tanaman sara hidup atau sara diri seperti pisang dan jagung diusahakan secara kecil-kecilan. Bagaimanapun dengan bantuan beberapa agensi kerajaan, penduduk mula memberi perhatian kepada penanaman kelapa sawit kerana yakin dapat memberi pendapatan yang lebih baik.
 |
|
| Tanaman jagung yang diusahakan oleh penduduk kampung |
|
|
Petani-petani di situ mendapat bantuan daripada beberapa agensikerajaan seperti Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Pekebun Getah (RISDA). Organisasi ini sentiasa memberikan tunjuk ajar dan khidmat nasihat kepada petani-petani yang menghadapi masalah dalam mengusahakan tanah pertanian mereka. Antara bantuan yang diberikan oleh badan-badan itu ialah tapak untuk memulakan aktiviti pertanian, baja, khidmat nasihat dan beberapa bantuan lain. Dengan adanya bantuan seperti itu dapatlah kiranya petani-petani ini meningkatkan kualiti hidup dan memperbaiki tahap produktiviti. |