Fokus Terhadap Pelajaran

P

endidikan merupakan perkara penting yang perlu diterapkan kepada penduduk Kampung Jenderak Loop. Mereka juga sedar akan kepentingannya bagi memastikan masa depan anak-anak mereka terjamin. Terdapat sebuah sekolah rendah di kampung ini iaitu Sekolah Kebangsaan Jenderak dengan anggaran pelajarnya kurang daripada 100 orang. Kekurangan bilangan pelajar di sekolah itu memberikan kelebihan kepada mereka untuk lebih fokus kepada pelajaran. Pelajar-pelajar yang sudah menamatkan pelajaran di sekolah itu kebanyakannya akan memasuki sekolah menengah di kawasan yang berhampiran seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau dan Sekolah Agama Darul Naim.

Selain dari pihak sekolah dan ibu bapa, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) juga memberikan insentif kepada pelajar-pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam bidang pelajaran. Walaupun sumbangan yang diberikan adalah kecil namun ia telah cukup untuk menyemarakkan lagi semangat pelajar-pelajar untuk terus menimba ilmu dan meningkatkan taraf kehidupan apabila berjaya kelak. JKKK dan pihak sekolah adakalanya bersama-sama menjalankan aktiviti untuk menceriakan kampung. Gotong-royong sering kali dijalankan bersama-sama pelajar-pelajar sebagai salah satu usaha menceriakan kampung secara tidak langsung dapat menanam sikap tanggungjawab terhadap kampung.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK