Hutan Lipur Gunung Senyum
| |
 |
| |
| Pemandangan yang memukau mata |
|
ektor pelancongan bukanlah sumber pendapatan utama di Jenderak Loop, namun ia masih menjadi tarikan pelancong-pelancong dari dalam dan luar negeri untuk berkunjung ke situ. Hutan Lipur Gunung Senyum yang terletak kira-kira 15 kilometer merupakan tumpuan pengunjung yang sukakan cabaran. Bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dengan aktiviti-aktiviti mencabar terdapat pelbagai kegiatan yang boleh disertai seperti menjelajah gua, penyelidikan, melawat Taman Etnobotani, perkhemahan dan menjelajah hutan. Di sekitarnya terdapat banyak kemudahan penginapan seperti asrama dan chalet untuk pengunjung yang ingin menginap dan bayaran yang dikenakan agak berpatutan. Terdapat kemudahan asrama dan chalet bagi mereka yang ingin menginap di sini dan dikenakan dengan kadar bayaran berpatutan.
Jika anda dari Jenderlak Loop, anda boleh menyeberangi Sungai Pahang untuk ke Hutan Lipur Gunung Senyum. Selain menjimatkan masa dan kos, anda juga dapat merasai pengalaman menaiki bot untuk menyeberangi Sungai Pahang. Terdapat banyak kemudahan yang telah dinaik taraf dalam memberi keselesaan kepada pengunjung ke Hutan Lipur Gunung Senyum. Hutan Lipur Gunung Senyum mempunyai 25 buah gua di dalamnya. Antaranya ialah Gua Kolam Tujuh, Gua Angina, Gua Terang Bulan, Gua Taman Satu dan Dua, Gua Makam Tok Long, Gua Silat dan Gua Danau Impian.
Gunung itu mendapat namanya sewaktu Sultan Ahmad iaitu Sultan Pahang pertama sedang berehat di tebing sungai Kuala Krau yang menghadap sebuah gunung. Gunung itu seakan memberi ketenangan kepada baginda lantas baginda bertanya kepada pengikutnya akan nama gunung tersebut. Pengiring baginda yang tidak mempunyai jawapan terhadap soalan baginda hanya mampu tersenyum. Lantas timbullah ilham untuk menamakan gunung tersebut sebagai Gunung Senyum. |