Merasai Kedamaian Kampung

J

enderak Loop merupakan kawasan redup yang sesuai bagi mereka yang sekali-sekala ingin merasai kedamaian kampung. Kawasan Jenderak Loop masih lagi diliputi dengan tumbuhan hijau di sepanjang jalan. Oleh kerana ia terletak berhampiran Sungai Pahang, amat sesuai untuk pelbagai aktiviti pertanian seperti tanaman getah dan kelapa sawit.

 
Kawasan tumpuan penduduk setempat
 

Untuk sampai ke sana, jika anda mengambil laluan Jalan Temerloh- Jerantut, anda dapat melihat papan tanda Jenderak di simpang kiri. Dari simpang tersebut, anda hanya perlu mengambil lima kilometer seterusnya untuk sampai ke Perpustakaan Desa Jenderak Loop. Perpustakaan Desa Jenderak Loop berada di sebelah kanan anda dan mempunyai papan tanda bagi memudahkan orang ramai.

Keramahan penduduk di situ pastinya menarik minat anda untuk terus berada di kawasan itu lebih lama lagi. Penduduk di situ kebanyakannya mempunyai kenderaan sendiri untuk ke bandar atau pekan terdekat bagi membeli barang keperluan mereka. Pekan yang terhampir ialah Pekan Kuala Krau dan bandar terdekat ialah Bandar Temerloh. Kedua-dua kawasan itu mengambil masa lebih kurang 15 minit hingga 30 minit pemanduan dari Jenderak.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK