Wanita Dalam Sektor Perniagaan

A

ktiviti perniagaan di Jenderak Loop semakin rancak kini. Penduduk terutamanya golongan wanita semakin berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang sememangnya mempunyai risiko sendiri. Mereka mendapat bantuan khidmat nasihat dari Kumpulan Pergerakan Wanita (KPW) dalam melancarkan lagi perniagaan mereka. Kedai Runcit Jenderak yang diusahakan oleh ibu dan anak ini merupakan antara perniagaan kecil-kecilan yang mendapat sambutan dari penduduk setempat. Rohana Arifin antara pengusaha kedai runcit yang mendapatkan bekalan barang runcit secara borong di Kuala Krau dan Temerloh.

 
 
Menjahit memerlukan kemahiran yang tinggi

Penduduk kampung di situ turut menjalankan beberapa aktiviti kecil-kecilan seperti mengambil upah menjahit baju dari penduduk-penduduk di situ. Jeriah Teh merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa tetapi menjahit pakaian untuk menambah pendapatan keluarga. Selain beliau, adiknya Zainun Teh pula mengambil upah menjahit alas kaki menggunakan kain-kain perca. Jahitan kemas kedua beradik itu telah menambat hati penduduk di situ untuk terus menjadi pelanggan tetap mereka.

Selain itu, terdapat usaha menternak ikan patin dan tilapia yang diusahakan oleh seorang pemuda kampung bernama Mohd Zaidi Talib. Berbekalkan beberapa sangkar ikan patin dan tilapia, beliau menjadikan tebing Sungai Pahang sebagai lokasi penternakan. Biasanya ikan ternakannya itu akan dijual di Jengka

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK