Rawatan Ibu Mengandung Dan Kanak-kanak

K

linik desa adalah antara usaha kerajaan untuk memberikan khidmat kesihatan kepada penduduk kampung terutamanya kepada ibu mengandung dan kanak-kanak. Klinik Desa Kampung Jenderak kini merupakan klinik harian yang menawarkan perkhidmatan secara percuma kepada penduduk. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah pemeriksaan kesihatan bagi ibu mengandung, pemeriksaan kesihatan kanak-kanak dan klinik perancang keluarga.

 
Tanggungjawab kepada masyarakat
 

Klinik Jenderak Loop terletak kira-kira 500 meter dari Perpustakaan Desa Jenderak Loop. Klinik desa ini beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Jika terdapat masalah-masalah kesihatan yang berat, pesakit akan dirujuk ke Klinik Kesihatan Kuala Krau atau Hospital Temerloh. Jururawat Masyarakat di klinik ini sering mengadakan aktiviti bulanan bersama-sama Klinik Kesihatan Kuala Krau untuk memberi ilmu dan maklumat kesihatan kepada penduduk kampung.

Masih terdapat penduduk di Jenderak Loop yang masih lagi menawarkan perkhidmatan urutan tradisional. Urutan ini khas bagi mereka yang mengalami masalah sakit sendi dan urat. Perkhidmatan bidan juga masih lagi dijalankan bagi ibu-ibu selepas bersalin.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK