Keamanan Penduduk Terpelihara

W

alaupun pada dasarnya soal keselamatan menjadi tanggungjawab pihak polis namun penduduk kampung turut berganding bahu bagi memastikan keamanan penduduk di Jenderak Loop terpelihara. Balai Polis yang berhampiran ialah Balai Polis Kuala Krau.

Selain itu, keselamatan penduduk Jenderak Loop dikawal oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang juga menjadi tonggak kebajikan penduduk. Selain JKKK, terdapat juga Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang membantu pihak berkuasa menangani masalah keselamatan kampung. RELA dianggotai oleh para penduduk kampung yang berumur 16 tahun ke atas. Anggota RELA bertugas secara sukarela dan biasanya mengikut giliran.

Platun RELA Jenderak Loop mempunyai kira-kira 50 orang anggota. Mereka selalunya membuat pemerhatian keselamatan dan ketenteraman di seluruh kampung. Pada masa-masa tertentu anggota RELA juga mengadakan kawalan atau rondaan kampung bagi membasmi jenayah. Selain membantu mengawal keselamatan kampung, RELA di situ juga aktif menjalani pelbagai kegiatan atau aktiviti sosial. Pada tahun 2002 misalnya, Platun RELA Jenderak telah menjadi johan pertandingan kawad pasukan RELA di Kerdau.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK