Memudahkan Aktiviti Harian

K
 
 
Komunikasi dengan dunia luar

emudahan asas adalah sesuatu yang penting di sesebuah lokasi. Kemudahan-kemudahan ini akan memudahkan penduduk kampung menjalankan aktiviti seharian mereka. Kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik dinikmati oleh semua penduduk Jenderak Loop.

Kemudahan-kemudahan awam dan kemudahan asas yang dibina di kampung ini telah digunakan oleh penduduk dengan sebaik-baiknya. Di Jenderak Loop, terdapat sebuah balai polis, sekolah rendah, sebuah klinik desa dan sebuah perpustakaan desa. Kemudahan lain yang terdapat di kampung ini ialah sebuah balai raya dan telefon awam.

Di samping itu terdapat sebuah masjid untuk kegunaan masyarakat Islam beribadah. Pada masa sama, penduduk juga menggunakan masjid sebagai tempat untuk melangsungkan aktiviti-aktiviti bercorak agama seperti kelas-kelas fardu ain dan juga musyawarah. Masjid kampung ini juga kerap digunakan penduduk untuk majlis akad nikah kerana ia lebih mudah berbanding jika dilangsungkan di rumah.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK