Aktiviti Ekonomi Yang Pelbagai

K

ampung-kampung di sekitar Jenderak Loop sentiasa bekerjasama dan menjalinkan hubungan yang baik sesama mereka. Kampung di sekitarnya ialah Kuala Tekal, Bahagia, Kampung Paya Baru, Kampung Paya Barit, Kampung Benom dan Taman Kuala Krau. Kampung ini dan kawasan sekitarnya berhubung melalui aktiviti perniagaan dan pertanian. Kawasan-kawasan itu menjadikan Pekan Kuala Krau sebagai tempat menjalankan kebanyakan aktiviti.

Sama seperti di Jenderak Loop, kampung-kampung sekitarnya juga menjalankan aktiviti ekonomi yang hampir sama dengan Jenderak Loop. Mereka menjadikan pertanian sebagai sektor utama mereka. Selain sektor pertanian, mereka kini mula menceburkan diri dalam sektor penternakan dan perladangan yang nyata memberi pulangan yang lebih lumayan. Antara sektor penternakan yang terdapat di situ ialah penternakan lintah, kerbau dan lain-lain lagi.

Uniknya di sini, mereka masih lagi menjadikan bot sebagai salah satu pengangkutan alternatif yang menghubungkan mereka dengan kampung-kampung sekitar. Mereka masih lagi menggunakan perkhidmatan bot untuk ke seberang kerana ia dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kos. Bot-bot itu tidak mempunyai tambang tetap kerana bot-bot itu sebenarnya adalah bot untuk aktiviti penangkapan ikan di sekitar Sungai Pahang dan ia hanya dijadikan sebagai pendapatan sampingan pemilik bot.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK