Menjaga Kebajikan Penduduk
| |
 |
| |
| Balai JKKK Kampung Jenderak Loop |
|
i samping agenda pembangunan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) bertanggungjawab terhadap keselamatan kampung atau penduduknya. Oleh itu, penubuhan Biro Keselamatan umpamanya berjaya mengurangkan gejala-gejala negatif dan pengaruh yang tidak sihat seperti penyalahgunaan najis dadah atau kegiatan negatif yang lain. Biro-biro yang terdapat di bawah JKKK ialah Biro Kewangan, Biro Pendidikan Agama, Biro Keselamatan, Biro Ekonomi, Biro Keceriaan Kampung dan beberapa biro lain.
Antara program-program yang dijalankan oleh JKKK Jenderak Loop ialah gotong-royong membersihkan kampung, bersama-sama membangunkan masjid dan memulihara kawasan sekolah. Selain itu, JKKK juga telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan untuk menambahkan prasarana-prasarana bagi kegunaan penduduk selain memudahkan aktiviti harian. Antaranya ialah surau, gelanggang-gelanggang permainan, balai serba guna dan beberapa kemudahan lain.
|