Sektor Pertanian Kegiatan Utama
ertanian merupakan nadi utama bagi penduduk di Jenderak Loop untuk meneruskan kehidupan mereka. Kesuburan tanah di situ menjadikan punca utama aktiviti ini dijalankan sejak generasi dahulu lagi. Tanaman yang dijalankan di situ ialah getah, kelapa sawit, jagung dan beberapa tanaman lain. Permintaan yang tinggi terhadap hasil pertanian menjadikan aktiviti seperti menoreh getah dan mengait kelapa sawit kembali rancak. Badan - badan pertanian seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mula memberikan lebih galakan kepada petani - petani itu.
| |
 |
| |
| Kelapa sawit antara tanaman yang diusahakan di bawah Program Pekebun Kecil |
|
Dewasa ini, kebanyakkan anak muda tidak lagi berminat mengusahakan kerja-kerja pertanian. Sebaliknya mereka mula berhijrah ke luar kawasan Jenderak Loop untuk bekerja di sektor awam dan swasta . Bandar Temerloh merupakan pusat bandar yang membuka peluang pekerjaan kepada penduduk. Jaraknya yang kira-kira 30 minit pemanduan tidak menghalang segelintir penduduk di situ mencari sumber rezeki. Antara pejabat kerajaan yang terdapat di bandar tersebut ialah Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Temerloh, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Parit dan Saliran, Pejabat Kesihatan, Pejabat Penerangan Daerah dan banyak lagi.
Selain daripada pertanian dan perkhidmatan, penduduk juga menjalankan aktiviti penternakan ikan. Sungai Pahang yang sememangnya terkenal dengan keenakan ikan patinnya mencetuskan idea kepada penduduk kampung di Jenderak Loop untuk mengusahakan penternakan ikan tersebut. Arus pembangunan di kampung-kampung sekitar telah menyemarakkan lagi aktiviti ekonomi penduduk di situ.
Kaum wanita terutamanya mula berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan walaupun secara kecil-kecilan. Di bawah Kumpulan Pergerakan Wanita (KPW), mereka telah diberi tunjuk ajar dan kursus-kursus yang sesuai untuk mereka memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Hasilnya, sebuah kedai runcit telah dibangunkan oleh salah seorang daripada golongan wanita. Kedai-kedai runcit di sekitar kampung memudahkan penduduk yang sukar ke pekan terdekat untuk membeli barang keperluan. Secara umumnya, penduduk di Jenderak Loop kini telah mula mempelbagaikan ekonomi mereka yang secara tidak lansung menunjukkan penduduk bersedia menerima pelbagai pembangunan di sekelilingnya.
|