Bermula daripada sejarah janda yang telah kematian suaminya, nama Jenderak Loop diambil sempena peristiwa janda tersebut diarak ke sekeliling kampung akibat kematian suaminya. Nama ‘Janda’ dan ‘Arak’ akhirnya digabungkan dan timbullah nama Jenderak. Manakala Loop pula diambil sempena nama jalan yang menghubungkan kampung sekitar dengan Jenderak Loop iaitu Loop. Sehingga kini, sektor pertanian mempelopori ekonomi penduduk di situ. Selain faktor muka bumi yang subur, harga pasaran juga turut menjadi penyumbang ke arah penglibatan diri dalam sektor pertanian.


Keusahawanan Pelancongan

Penduduk kampung di situ menjalankan beberapa aktiviti kecil-kecilan seperti mengambil upah menjahit baju dari penduduk-penduduk sekitar. Jeriah Teh merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa yang menjahit pakaian untuk menambahkan pendapatan keluarga. Selain beliau, adiknya Zainun Teh pula mengabil upah menjahit alas kaki daripada kain-kain perca. Jahitan kemas kedua beradik itu telah menambat hati penduduk di situ untuk terus menjadi pelanggan tetap mereka.

Sektor pelancongan bukanlah sumber pendapatan utama di Jenderak Loop namun ia masih menjadi tarikan pelancong-pelancong dari dalam dan luar negeri untuk berkunjung ke situ. Hutan Lipur Gunung Senyum yang terletak kira-kira 15 kilometer merupakan tumpuan pengunjung yang sukakan cabaran. Pihak pengurusan telah menyediakan beberapa program sesuai bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dengan aktiviti-aktiviti mencabar.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK