JKKK Anjur Aktiviti Belia
awatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengambil berat tentang permasalahan yang berlaku di Jenderak Loop. Jawatankuasa ini sentiasa cuba mengadakan aktiviti-aktiviti bermanfaat yang dapat disertai oleh belia-belia. Belia-belia di Jenderak Loop sering mengadakan pertandingan sukan sesama belia. Antara sukan yang sering dipertandingkan ialah sukan takraw, badminton dan bola sepak. Ada kalanya belia mengadakan pertandingan dengan kampung-kampung sekitar.
 |
|
| Akal yang cerdas bermula dengan badan yang cergas |
|
|
Kebanyakan belia bekerja di bandar-bandar yang berhampiran untuk menampung pendapatan masing-masing. Selain itu, kebanyakan mereka melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dalam mengejar ilmu dan cita-cita. Oleh kerana tidak ramai belia yang terdapat di Jenderak Loop, maka kebanyakan aktiviti belia berpusat di Kuala Krau. Di situ, belia-belia di kampung sekitar akan menjalankan aktiviti-aktiviti bersama seperti berkhemah, mendaki gunung dan sebagainya.
|