Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Kemudahan Asas
13
Kawasan Riadah
14
Kesihatan
15
Pendidikan
16
Keselamatan
17
USP
 
   
  Perpustakaan Kuala Lumpur Cawangan Jelatek,
Projek Perumahan Rakyat Jalan Jelatek,
Kampung Dato' Keramat
55100 Kuala Lumpur.
   
 

Sumber Peradaban Sesuatu Bangsa

P

erpustakaan Kuala Lumpur Cawangan Jelatek adalah di bawah pemantauan Perpustakaan Kuala Lumpur. Perpustakaan Cawangan Jelatek ini sering menjadi tumpuan generasi muda untuk mendapatkan sumber maklumat. Perpustakaan ini juga termasuk di dalam senarai Pemberian Perkhidmatan Sejagat di bawah Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar.

Kemudahan yang terdapat di dalam perpustakaan ini adalah seperti urusan pinjaman dan pemulangan buku, kemudahan internet dan sumber rujukan serta bahan bacaan ilmiah yang pelbagai merangkumi golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa. Terdapat juga bahan bacaan ringan seperti majalah dan novel disediakan di sini. Selain itu, pengunjung juga boleh bermain permainan dalaman seperti permainan dam haji dan congkak. Kapasiti untuk memuatkan pengunjung ke perpustakaan ini dalam sesuatu masa adalah sekitar 50 hingga 60 orang.

Pelbagai aktiviti pernah dianjurkan oleh pihak perpustakaan dengan kerjasama DBKL seperti pertandingan mewarna dan Pertandingan Kraftangan “Fun with Colour” serta kuiz uji minda untuk kanak-kanak. Terdapat juga aktiviti lasak seperti mendaki Gua Tempurung, Perak dan Explorace yang mendapat sambutan memberangsangkan daripada remaja di sini. Setiap penganjuran aktiviti pastinya akan mendapat tindak balas yang positif daripada pelbagai pihak.

Suasana aman dan redup di dalam perpustakaan juga membolehkan pelajar menelaah ilmu dan mengulang kaji pelajaran dengan tenang. Ini bagus untuk para pelajar mengulangkaji pelajaran terutamanya apabila tiba musim peperiksaan.

Belia digalakkan menimba ilmu sebanyak mungkin

 

 
Penafian | Laman Web KTAK