Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Kemudahan Asas
13
Kawasan Riadah
14
Kesihatan
15
Pendidikan
16
Keselamatan
17
USP
 
   
  Perpustakaan Kuala Lumpur Cawangan Jelatek,
Projek Perumahan Rakyat Jalan Jelatek,
Kampung Dato' Keramat
55100 Kuala Lumpur.
   
 

Burung Jelatik Jawa

T

erdapat pelbagai kemungkinan dan penceritaan yang mengaitkan kawasan Jelatek ini dan juga sejarahnya. Salah satu sejarahnya ialah melalui nama Jelatek yang berasal daripada nama burung Jelatik iaitu sejenis burung pipit Jawa yang berwarna kebiru-biruan. Burung Jelatik ini juga dikenali dengan nama saintifiknya sebagai Lochura Leucogastroides.

Jelatek merupakan projek pertama Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dibina oleh Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL). Perumahan ini dirasmikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1996.

Kawasan ini merupakan kawasan terawal didiami oleh masyarakat Melayu di Kuala Lumpur. Arus pembangunan yang sangat rancak membuatkan kawasan perkampungan Melayu ini semakin bertambah dari hari ke hari. Selain masyarakat Melayu sendiri, terdapat juga warga asing dari negara Timur Tengah yang memilih untuk menetap di kawasan ini. Disebabkan pembangunan ini juga, pihak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur memperkenalkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Jelatek ini.

 
Penafian | Laman Web KTAK