Pendidikan Generasi Muda Jelatek Terjamin
ari segi pendidikan, boleh dikatakan semua anak-anak muda di sini mendapat kemudahan pendidikan yang sempurna. Kebanyakan generasi muda ini bersekolah di sekitar kawasan Keramat dan Ampang. Pendidikan sekolah rendah di Jelatek ialah Sekolah Kebangsaan Taman Setiawangsa manakala sekolah menengah pula ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang. Bagi tadika yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan, mendapat peruntukan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
Dianggarkan lebih kurang 1,000 orang generasi muda yang bersekolah di sekitar kawasan perumahan Jelatek ini. Kemudahan pengangkutan efisien dan bas sekolah yang banyak memudahkan mereka mendapatkan pendidikan.
|