Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Kemudahan Asas
13
Kawasan Riadah
14
Kesihatan
15
Pendidikan
16
Keselamatan
17
USP
 
   
  Perpustakaan Kuala Lumpur Cawangan Jelatek,
Projek Perumahan Rakyat Jalan Jelatek,
Kampung Dato' Keramat
55100 Kuala Lumpur.
   
 

Perpustakaan Awam Di Projek Perumahan Rakyat

P

erpustakaan Awam Kuala Lumpur Cawangan Jelatek terletak berhampiran dengan pusat Bandar Raya Kuala Lumpur. Ia berada dalam kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jelatek yang berkeluasan lebih kurang satu hektar. Terletak di tengah-tengah hiruk-pikuk Bandar Raya Kuala Lumpur menjadikan perpustakaan ini sebagai salah satu sumber rujukan ilmu bagi masyarakat di sekitar Kuala Lumpur.

PPR Jelatek adalah projek perumahan pertama yang diperkenalkan di Kuala Lumpur sekitar tahun 1996 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Perumahan yang dibina pada asalnya mempunyai dua blok rumah pangsa di mana setiap blok mempunyai kira-kira 16 tingkat. Setiap baris rumah ini mempunyai 19 buah rumah. Perpustakaan Cawangan Jelatek betul-betul terletak di bawah kawasan rumah pangsa dan memudahkan orang ramai mendapatkan ilmu dan informasi yang diperlukan.

Bagi anda yang ingin ke sini dengan lebih mudah, anda boleh menaiki pengangkutan SistemTransit Aliran Ringan (LRT) sehingga ke Jelatek. Stesen LRT Jelatek terletak di sebelah kawasan perumahan PPR Jelatek. Bangunan rumah pangsa dua blok berwarna jingga yang kelihatan dari stesen LRT tersebut akan memudahkan anda untuk ke perpustakaan ini. Selain itu, anda juga boleh melalui jalan alternatif dari Lebuh Raya Ampang atau Lebuh Raya Lingkaran Tengah II (MRR II). Kawasan Jelatek ini hanya sepuluh minit pemanduan dari pusat Bandar Raya Kuala Lumpur.

"Terletak di tengah-tengah hiruk-pikuk Bandar Raya Kuala Lumpur menjadikan perpustakaan ini sebagai salah satu sumber rujukan ilmu bagi masyarakat di sekitar Kuala Lumpur. "  
   
 
Penafian | Laman Web KTAK