Perusahaan Capal Dan Songkok
ktiviti keusahawanan kawasan Jelatek dijalankan oleh golongan dewasa, belia dan juga wanita. Terdapat pelbagai jenis perusahaan diusahakan secara kecil-kecilan oleh golongan terbabit. Antaranya ialah perkhidmatan menjahit pakaian, gerai makanan serta barang runcit dan perusahaan membuat capal dan songkok. Kepesatan pembangunan di Bandar Raya Kuala Lumpur membolehkan mereka menjalankan aktiviti perniagaan di sekitar kawasan Jelatek. Kebanyakan peniaga berniaga di Pasar Datuk Keramat yang telah wujud lebih dari 30 tahun. Di pasar ini, terdapat sumber makanan mentah seperti daging, ayam dan makanan laut.
Bagi kedai jahitan yang diusahakan oleh kaum wanita, pelbagai jenis baju kurung berfesyen seperti kebaya dan kebarung dibuat di sini. Mereka mempunyai pelanggan tetap di kalangan penduduk setempat dan tidak akan menang tangan apabila tiba musim perayaan.
| |
 |
| |
| Keunikkan Capal Cap Kancil Emas |
|
Terdapat juga belia yang mewarisi kemahiran dalam perusahaan membuat capal. Kedai Capal Cap Kancil Emas yang terdapat di sini amat popular bukan sahaja di kalangan penduduk setempat tetapi juga pembeli dari luar seperti Sarawak dan Singapura. Perusahaan yang dimiliki Wahab Samaruddin telah bertapak di kawasan Pasar Datuk Keramat selama 45 tahun dan ini merupakan sumber pendapatan utama pengusahanya. Berbekalkan wang simpanan sendiri serta perniagaan yang diwarisi daripada ayahnya, kini beliau boleh tersenyum bangga melihat pasaran produk capal semakin meluas. Penghasilan capal ini juga mendapat perhatian daripada pereka fesyen terkenal tanah air, Salikin Sidik. Pelbagai jenis capal untuk si kecil dan golongan dewasa dijual dengan harga yang berpatutan iaitu daripada RM10 hingga RM95 mengikut jenis material yang digunakan. Material yang digunakan untuk membuat capal terdiri daripada getah, kulit binatang dan songket.
| |
 |
| |
| Saddam Tailor sudah bertapak sejak sekian lama |
|
Selain itu, terdapat juga perusahaan membuat songkok di sini. Saddam Tailor merupakan salah satu perusahaan membuat songkok yang terkenal di kawasan ini. Kedai ini dibuka lebih daripada 20 tahun dan menawarkan pelbagai jenis songkok daripada serendah RM10 hinggalah RM45 mengikut bentuk dan jenis songkok. Jualan songkok dianggarkan lebih kurang 70 buah songkok setiap bulan.
Terdapat juga sebuah gerai yang menjual kuih gandus, iaitu sejenis kuih daripada Melaka berintikan tepung, kelapa dan jem nanas. Kuih ini dijual dengan harga RM1 untuk tiga keping. Gerai ini telah beroperasi lebih daripada 35 tahun dan diusahakan oleh pasangan suami isteri. Kuih gandus ini pastinya akan menambat selera anda jika singgah ke kawasan Pasar Datuk Keramat ini.
|