Pelbagai Kemudahan Kesihatan
esihatan penduduk di kawasan Jelatek perlu dititikberatkan supaya mereka hidup dalam keadaan sihat dan cergas. Oleh itu, sekiranya ada masalah kesihatan, mereka akan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Dato’ Keramat. Klinik ini menyediakan perkhidmatan klinik pesakit luar, kesihatan mental, pemeriksaan HIV, klinik Warga Tua dan Klinik Sakit Puan terutamanya rawatan saringan Pap Samear. Dua orang doktor ditugaskan di klinik ini bagi memberi rawatan kepada pesakit.
Bagi pesakit yang ingin mendapatkan rawatan pakar ataupun rawatan lanjut, mereka boleh pergi ke Hospital Kuala Lumpur yang 20 minit pemanduan dari kawasan Jelatek. Penduduk setempat juga boleh mendapatkan rawatan lanjut di Pusat Perubatan Gleaneagles Intan di Ampang. Pelbagai rawatan disediakan di sini termasuklah pusat rawatan laser prostat, klinik diabetis, rawatan kardiovaskular dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis klinik swasta di sekitar kawasan Jelatek untuk kemudahan semua.
| |
 |
| |
| Klinik Kesihatan Dato Keramat |
|
Rawatan secara tradisonal juga masih diteruskan di kawasan perumahan Jelatek ini. Terdapat beberapa orang tukang urut lelaki dan perempuan di sekitar kawasan ini. Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan mengikut perkhidmatan urutan yang diberikan. Perkhidmatan yang disediakan mencakupi urutan tenaga, urutan selepas bersalin dan urutan sendi-sendi. Tukang urut ini bukan saja popular di sekitar Kuala Lumpur, namun turut menerima kunjungan daripada orang luar.
|